Taklimat Ringkas KDB & Advokasi

22 Februari 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 21 Februari 2020, Pusat Internet PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan taklimat ringkas ‘Klik Dengan Bijak’ (KDB) dan Advokasi di bilik latihan yang disediakan. Taklimat ini melibatkan peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah yang berumur dalam linkungan 10 tahun hingga 15 tahun. Peserta diberikan pendedahan dengan pengenalan kepada latar belakang pusat internet, sedikit penerangan berkenaan dengan video ‘tidak pasti, jangan kongsi’, serta pengenalan kepada e-waste. Taklimat berlangsung selama satu jam iaitu daripada jam 2:30 petang hingga 3:30 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali